Monday, August 19, 2013

INDAHNYA BERSAHABAT



Sahabat. Setiap kali perkataan itu terlintas difikiran terus kita mencari-cari siapakah sahabat kita yang sebenar. Adakah sahabat itu adalah sahabat yang sentiasa ada semasa roda kehidupan kita berpusing tak kira diatas atau dibawah? Adakah sahabat itu yang selalu ada semasa susah senang kita, suka duka kita? Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak dan shsabat juga adalah insan yang boleh mengingatkan kita kepada tuham sekalian alam, yaitu Allah s.w.t.
Apakah sifat-sifat sahabat yang mulia? Sahabat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah disamping bersama-sama kita tak kira semasa senang atau susah. Disini saya senaraikan beberapa sifat mulia yang perlu ada dalam diri seorang sahabat itu. Sifat ini juga perlu dipastikan ada dalam diri kita sendiri kerana kita juga adalah sahabat kepada orang lain. Antara sifat-sifat tersebut adalah :-
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
 5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat and bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

Thursday, August 15, 2013

- mampukah KITA??, mereka mampu -


Assalamualaikum w.b.t....


alhamdulillah...dapat jua diriku bergerak seperti biasa...
menuntut ilmu seperti biasa....

menghirup udara segar dari luar balkoni asrama....
menggerakkan jari jemari.....

hebatnya Tuhanku....subhanallah~

rasa rindu pada ummi dan abuyaku...
inginku bahagiakan mereka,..i'Allah~_~...

manusia sama sahaja diberi masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu....

ada yang makan sekali sehari,ada yang berkali2...
bergantung pada usaha dan rezeki Tuhan padanya hari itu...

ada yg susah tetap bersyukur..
kerana dalam kesusahan mereka merasa kehebatan Allah....


ada jua yg tenggelam dalam kesibukan sehingga terlupa pencipta....
yang mengejar cita-cita sehabis usia....
merasa dihargai atas budinya....

ada yg tidak lekang mencurah rezeki pada orang yg memerlukan...
kerana mereka yakin rezeki itu dr Tuhan dan akan berkat jika sedekah itu dilaksanakan....
tidak risau harta berkurang kerana yakin ianya akan lebih bertambah atas takdir dan pemberiaan Allah.....

ada yang cacat anggota...
menjual tisu di tepian jalan...
teriak suaranya mencari rezeki,,,
walau tidak sempurna fizikal mereka ada daya...
untuk mencari sesuap rezeki,tanpa meminta2...

bagaimana pula dengan yg cukup segalanya...
tiada cacat anggota...
malangnya,ada antara mereka hanya "menadah tangan"..menunggu rezeki dtg,..
tanpa sebarang usaha...malulah kita pada Pencipta....
tiada rezeki datang tanpa usaha dan dengan izinNYA....

jangan merasa kita tidak mampu....
kita semua miliki kelebihan...
namun jangan sesekali menindas mereka yg lemah...
janganlah suka mengambil kesempatan ats org lain....

rebutlah rasa cinta pada Tuhan...
walau sebesar mana pon dosa kita...
kita masih belum terlambat untuk meminta keampunan padaNYA...
merintih dan merayulah padaNYA.....

cintailah DIA,.....
Dialah sumber ketenanganku...
sumber inspirasiku....

Saturday, July 13, 2013

AURAT!! Alhamdulillah aku bersyukur padaMU.

iluvislam, hijab

Detik waktu yang semakin hari semakin membuka mata aku yang sedikit sepet ini untuk melihat betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di hadapan ajnabi. Aku masih samar dan hampir setahun lebih mencari identiti diri dengan membandingkan diri aku dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan aku.”
“Aku nak hias elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati aku. Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran aku.
Aku pernah terfikir untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk ke alam kampus. Namun, aku terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran aku terus berputar mengatakan bahawa, jika aku ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa aku menyedari, Allah telah membuka pintu hati aku secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari syurga yang abadi.
Dan aku yakin, segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang dulunya berpakaian ‘rockers’ dan secara drastiknya dia memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.
Lantas mindaku berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi  mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit.  Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Sekiranya kita sendiri mengkhianati diri kita, dan membuat kezaliman terhadap diri kita, maka siapa akan menolong kita nanti.
“…Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanyaakan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Yunus: 23)
Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
iluvislam, hijab
Dan… Al-Quran tidak ada keraguan padanya. Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 2)
Jom sama-sama berubah! !

Tuesday, July 2, 2013

JANGAN PISAHKAN "AKU DAN DIA" YA ALLAH




Di keheningan malam ini, entah keberapa kali aku terjaga dari lena yang seketika. Entah  mengapa hatiku dipagut kehibaan. Kehibaan yang sangat mencengkam sanubari. Jauh di sudut hatiku, berbaur kesedihan yang teramat. Tidak dapat diungkap perasaan ini dengan kata-kata. Walau seindah mana kata-kata masih tetap tak dapat digambarkan apa yang aku rasakan. Diriku sebenarnya merinduimu ya Rasulullah. Ya, teramat merinduimu.
Setiap detik ku teringatkan dirimu. Mendengar alunan selawat oleh kumpulan Hijjaz yang menjadi santapan halwa olehku di Laptop, membuatkan hati bertambah di pagut rindu padamu. Setiap kali mata singgah pada Surah Muhammad, mengalir air mataku.
Lagi bertambah hiba apabila terkenangkan saat dirimu berhadapan dengan sakaratulmaut, terngiang-ngiang katamu, “Ummati… ummati… ummati…” Ya Rasulullah, andai dirimu masih hidup, pasti dirimu kecewa, bersedih dengan keadaan umatmu zaman ini. Setiap kali teringatkan dirimu pasti deraian air mata yang menemani malamku kerana mengenangkan perjuanganmu Ya Rasulullah.
Ya Rasulullah, aku tidak tahu di mana harus ku salurkan rindu ini selain mengadu pada Sang Pencipta Cinta. Lantas, ku titipkan kalam bisu ini khas buatmu, supaya aku bisa berkongsi dengan mereka di luar sana, menyatakan betapa diriku ini ingin berjumpa denganmu. Tidak melampau untuk ku katakan bahawa aku punya mimpi.
Ya, aku menyimpan sebuah harapan besar ya Rasulullah.
Kelak, ketika di
 Yaumul akhir.
Engkau ibaratnya adalah seorang idola, 
superstar yang berdiri di atas kemegahan sebuah panggung. Sedangkan aku, dengan segala kekerdilanku berada di antara deretan para penonton dan aku akan memanggil engkau jauh di sudut sana, di antara jutaan lautan manusia.
Aku akan berteriak: Ya Rasulullah, Ya Rasulullah!!!
Aku berharap. Aku sungguh berharap.
Engkau akan menoleh ke arahku, dan berkata 
“Itu umatku!” “Itu umatku!”
Mungkin tidak tergambar betapa gembiranya perasaan ku pada waktu itu, tatkala melihat wajahmu. Sungguh aku ingin ya Rasulullah.
Aku ingin menjadi sebahagian dari barisan panjang umat yang mendapatkan syafaatmu.
Aku ingin menjadi sebahagian dari umat yang tersenyum berdiri di belakangmu,
Namun, 
adakah aku layak ya Rasulullah?
Layakkah aku melihat wajahmu?
Atau pantaskah aku melihat senyumanmu?
Sedangkan aku ini bukan siapa,
Yang hanya insan lemah, penuh dengan keluh kesah.
Ya Rasulullah,
Walau aku tahu aku tidak layak, namun dengan bertatih aku tetap ingin menitipkan 
rindu ini untukmu.
Ya Rasulullah,
Walau aku tahu ini tidak mudah, namun dengan segala kelemahanku aku akan 
mengikuti jalan juangmu. Yang aku tahu memang penuh liku likunya.
Ya Rasulullah,
Walau aku tahu ini akan sulit, namun aku ingin turut menjadi pembela-pembela Allah dan Rasulku. Aku ingin menjadi seorang mujahidah di jalan ini, tidak gentar dan tidak lemah
Ya Rasulullah,
Saksikanlah aku yang akan tertatih untuk mempertahankan istiqamahku,
Demi cintaku pada Allah, demi cintaku padamu Ya Rasul.
Ya Rasulullah,
Aku teringin sekali berbicara denganmu tentang kisah-kisah perjuanganmu dalam menegakkan kalimah Allah.
Aku ingin berkongsi suka, duka, airmata dan luka yang dirimu alami sepanjang 23 tahun taklifatmu sebagai Rasul.
Tidak tegar aku melihat betapa susahnya kamu berjuang di medan dakwah ini. Tidak sanggup aku mendengar celaan kaum musyrikin menghina perjuanganmu Ya Rasulullah.
Pedih perasaanku mendengar dirimu luka dilempar batu semasa berdakwah di Taif. Aku ingin berbicara kisah yang aku tahu ini kepadamu.
Aku ingin melafaz rindu ini kepadamu. Bahawa aku sangat mencintaimu.
Ya Rasulullah,
Bumi Madinah ingin sekaliku jejak. Ingin sekali ku rasai deruan angin di bumi bertuah itu. Tatkala dirimu dan para sahabat berjuang berhabis habisan, mempertahankan 
Islam tercinta. Ku ingin melewati medan syuhada dan perjuanganmu di sana.
Moga Allah memberi rezeki untuk itu dan perkenankan permintaanku.
Rindu kami padamu Ya Rasul,
Rindu tiada terperi,
Berabad jarak darimu ya Rasul, serasa dikau di sini.
Salam Bahagia Bagimu, Ya Rasullullah.

Thursday, June 27, 2013

mulakan setiap benda dengan NIAT


Niat mempunyai kedudukan yang khusus dalam Islam. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar memulakan sesuatu amal kebajikan dengan niat. Misalnya, dalam solat kita akan mulakan dengan niat. Dengan niat, barulah sesuatu amal dikira sebagai ibadah yang paling layak diterima oleh Allah s.w.t serta diberi ganjaran.
Tatacara niat dalam Islam dimulakan dengan ‘Nawaitu’ memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang muslim. Ia menggambarkan amalan yang dilakukan berlandaskan kepada perasaan sukarela, meletakan dirinya dalam keadaan pasrah dan bersedia melakukan sesuatu dengan keazaman yang tinggi.
Mulakan-dengan-niatSemangat ini akhirnya akan memberi kekuatun dalaman kepada individu untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan yang mendatang kerana apa yang dilakukan merupakan pilihan terbaik yang telah dibuat. Amalan ini juga dapat mengatur kehidupan yang lebih beerti bagi seorang individu di samping dapat menyuntik semangat dan motivasi yang tinggi bagi mencapai matlamat.

Niat Menguat Daya Fokus

Niat dapat membantu otak membina daya tumpuan. Otak dapat berfungsi secara maksimum apabila individu fokus terhadap apa yang ingin dilakukan. Matlamat merupakan satu inti pati utama dalam niat. Tindakan individu dianggap sebagai amal ibadah apabila matlamat pelaksanaannya ialah ‘kerana Allah’ (lillah). Matlamat yang jelas ini seterusnya memberi kekuatan emosi dan spiritual kepada individu untuk beramal secara bersungguh-sungguh dan istiqamah dengan mengejar matlamat yang satu.
Sekiranya dilihat dalam buku “7 tabiat orang yang amat berkesan” penulisan Stephen R.Covey, tabiat kedua yang diberikan penekanan adalah mulakan dengan mengingat matlamat. Ia adalah memulakan hari ini dengan imej, gambar atau paradigma akhir hayat sebagai rangka rujukan.
Mengingat matlamat bermaksud bermula dengan matlamat yang jelas tentang destinasi yang ingin dituju. Individu yang hidup tanpa matlamat yang jelas ibarat berjalan tanpa arah tujuan. Apabila berada dipersimpangan, buntu membuat pilihan.
Pertimbangkan kata-kata Joseph Addison :
Bila saya perhatikan kubur orang yang terkenal, setiap emosi iri hati lesap daripada hati saya ; bila saya baca kata-kata kenangan orang rupawan, setiap keinginan saya yang tidak berpatutan terus hilang; bila saya menemui kesedihan ibu bapa yang tertulis di batu nisan, hati saya  cair dengan belas kasihan; bila saya lihat kubur ibu bapa sendiri, saya teringat kesia-siaan bersedih untuk mereka yang mesti kita ikut tidak lama lagi; bila saya lihat raja berbaring di sisi mereka yang menggulingkannya, saya ingat pada orang bijak yang kini bersebelahan dengan saingannya, atau orang alim yang memecahbelahkan dunia dengan pertentangan dan pertengakaran mereka, saya bayangkan dengan sedih dan hairan perkelahian, pertelingkahan dan perdebatan manusia. Bila saya baca tarikh di kubur, mereka yang mati semalam, dan mereka yang mati enam ratus tahun sebelum ini, saya ingat pada Hari teragung bila kita semua akan menjadi orang sezaman dan memperlihatkan diri kita serentak.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang mendalam bagi individu yang menghayati. Ia menyentuh nilai mendalam, asas individu. Justeru, jadikanlah niat sebagai senjata ampuh untuk membina daya tahan diri dalam menempuh dugaan. Amalan ini perlu diterjemahkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan bagi mendapat redha dan pertolongan serta petunjuk Ilahi. Berikut diberikan tip meningkatkan daya tahan.

Tips Meningkatkan Daya Tahan

  1. Niat / set target ke arah misi yang ingin dilakukan
  2. Kosongkan minda, perasaan dan fokus kepada target yang ditentukan
  3. Puasa minda, perasaan rohani dan jasmani melainkan kepada perlakuan (amal) yang perlu (pandu dalam track)
  4. Bekerja sebagai satu pasukan (amal jamaiy)
  5. Buat bersungguh-sungguh dan selebihnya serah kepada Alah s.w.t